Monday, 27 April 2015

The healing power of 'Random act of kindness'

     When your faith in humanity was about to broke, your heart was about to embrace the believed that there's no longer kindness and sincerity ... there's someone God send to you, just to lighten up your heart back. These people doesn't even need to be closed to you, neither your family nor your friend. But just some random guys who you passed by .. and no word even needed.



Ada satu hari aku teman mak aku pergi pasar malam (aktiviti biasa rakyat marhaen) penuh dengan peminta derma, hujung belah kanan, belah kiri, belah tengah semua depa je. Naik rimas jugak aku kadang2 (hati x berapa nak suci) bukan apa, aku rasa cam xde function lak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam yg dok kutip zakat, semua jenis jabatan yg kita ada ni tetiba hilang bila bab nak keluarkan duit.

Aku dok tenung sorang pak cik berdiri jaga satu tabung derma ni, gaya dia cam ustaz. Aku nak caya x caya, tu belum cerita nak hulur seringgit dua, jauh sekali rasanya. Sambil tu aku tgk orang lalu lalang, jarang sekali yang menyinggah hulur duit, terkontang kanting pak cik tu sorang2 berdiri menjaga tabung sambil melihat manusia2 lalu depan dia. Mungkin sebab dah biasa dengan stigma 'orang minta derma ni semua penipu' dan stigma 'biarlah orang lain yg bagi pulak kita dah banyak menderma dah', aku buat2 xtau la, bukan masalah aku.

Tetiba datang sorang abang ni kecik ja orangnya macam budak sekolah menengah, berpakaian cam perniaga ikan, ayam-ayaman dan daging-dagingan lebih kurang, dengan kasut getah kebun dia. Hulur air soya dekat pak cik jaga tabung derma tu, pak cik tu pun ragu2 nak ambik 'eh xpe la'. Abang tu bersungguh hulur dengan senyuman dia, kau boleh tau abang tu memang cukup ikhlas. Pak cik tu ambil dengan ucapan terima kasih dan abang tu pun blah sambil tunjukkan salam hormat ala2 tentera.

Aku terkedu kat situ, apa yang aku saksikan sangat indah. The most beautiful 15 second of the day.... Peristiwa ni buat aku terfikir balik, kita mengaku golongan TERPELAJAR, darjat tinggi, MAHASISWA penggerak masa depan negara, anak muda penggerak masyarakat tapi kita ni SOMBONG!

Do good deeds properly, sincerely and moderately and know that your deeds will not make you enter Paradise, and that the most beloved deed to Allah’s is the most regular and constant even though it were little.”——— Prophet Muhammad (s) as narrated by A’isha (ra) in Sahih Bukhari, vol. 8, hadith 471

Baru aku sedar, selama ni hati aku dah banyak terkesan dengan perangai buruk manusia, sampai aku yg dulu pernah berjanji kononnya 'aku akan mengubah masyarakat' pun jatuh kecewa dan mengizinkan jiwa aku untuk ikut sama percaya 'kau buat apa pun, benda xkan berubah, manusia tetap sama, masyarakat tetap dalam kesusahan, dunia dah akhir zaman, hentikanlah.'

Abang tu memang cuma meniaga ikan, tapi dia lagi manusia dari aku. Tak terfikir untuk aku bagi air kpd orang yg menjaga tabung. Perlakuan dia mungkin kecil tapi nilai dia besar bagi aku yg melihat.

 Berwaspada dengan hati yg kecewa, dia menggelapkan mata dari melihat keindahan, menahan jiwa dari percaya masih ada harapan di sebalik keruntuhan.

Masyarakat boleh jadi sebab kekecewaan, tetapi masyarakat juga pengubat.

Jangan benarkan jiwa kita kecewa dengan perlakuan manusia yang hanya manusia pada rupa. Jiwa yang besar tidak mungkin jatuh dengan hanya sekecil perbuatan dari tangan2 manusia hanya pada rupa.

"Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada  
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang
Selama matahari bersinar  
Selama kita terus berjuang 
Selama kita satu berpadu 
Jayalah negeriku jayalah!... "


Thursday, 2 April 2015

Perang dunia sbb duit kertas

Haritu masa sembang dengan abang aku tetiba dia tanya "apa punca perang dunia pertama eh?". Aku pun jawab la ikut skema jawapan SPM " sbb archduke apabendantah kena bunuh, Austria marah Serbia tulah" .... abang aku sambung "Bukan tu, sebab sebenar dia apa ya?" . Memang dia ingat aku ada ijazah dalam teori konspirasi. Ntah, tapi aku ada 2 teori
1. Bagi mewujudkan negara Zionis
2. Bagi melaksanakan penggunaan duit kertas tanpa diikat dgn nilai emas

Yang kedua ni menarik sangat bagi aku, selain sebab aku minat duit antara lainnya bersebab dari hadis Rasulullah dan amaran Allah tentang bahaya Riba.
Nah kunyah-kunyahan untuk engkorang sikit. Ivo Mosley, Positive Money. http://www.positivemoney.org/2015/02/bank-robbery-banks-money-supply/



Sebab Kau Tak Pernah Kenal Anjing

Kau pernah jumpa tak anjing yg kelaparan amat sgt dgn lahap menjamah makanan yg tuan dia bagi, tetiba ayam belanda dok kuis-kuis makanan dia dgn harapan dapat kongsi tapi anjing ni memang dah lapar 2 hari tak makan, dia pun marah ayam belanda tu dengan gaya anjing dia (Wuuff wuuff) ... pastu kau sebagai tuan pun marah dia balik, bukan tengking apa, cakap 'haip!' je pun. Lepas tu anjing kau tu tunduk (buat bunyi merajuk sikit) berlalu pergi dan tinggalkan makanan yg kau bagi ....... dah tu apa kau nak buat? 

Memang kita ketawa dengan kisah-kisah binatang perangai mcm ni tapi pada masa sama pernah kita fikir apa hikmah tuhan ciptakan depa ni sedemikian rupa?

Ayah aku yg dah 58 tahun berpengalaman dengan binatang ni sendiri cakap, tiada binatang yg dia jumpa se-ajaib anjing ... tahap kesetiaan paling tinggi, paling berperasaan, paling bijak, semualah dia paling, paling kuat merajuk pun dia. 

Cuma nasib anjing kat Malaysia ni kurang baik. Kurang baik sbb muslim Malaysia ni malas membaca dan malas mencari ilmu .....